Tuesday, 30 October 2012

S-Y-I-O-K

kuehehe
salam,
cla just nak share something .okey untk peminat tegar novel di luar sane mesti tahu kan novel 

SR PUBLICATION

penulis novel: SITI ROSMIZAH , semue hantu novel mest tahu novel di bawah 
hehe gmbr yg di search dari the magnific sources iaitu GOOGLE. walaupun diri sendri ade novel ni..ya i bet semue tahu cerite romantik+lawak+emosi+awesome gile nie. haha k pecah rekod novel nie sebab it makes me cry LOL. i know everyone must be laughing rite now. tpi itulah hakikatnya novel nie buat cla senyum sengeh sesorang, tergelak sorang sorang,menagis cover, haaha gempak tk .novel nie mmg dah beli before exam . lepas exam hbis balik terus bace , esh gile best 2 hari je hbis time raya haji yg lepas. siela mmg syorkan sgt novel ni untuk sape yg minat sebab its really awesome. semue jenis perasaan ade nanti . wahhhh ;D ,so this is the  

sypnosis

 Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!” 

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….” 

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita? 

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

lupe !harga:RM 32.90 . memang berbaloi :)

THE OTHER NOVEL WAS THIS: 
TAK HABIS BACE LG. SO TO BE CONTINUED.....
 
 



2 comments:

  1. Babe, aku tengah baca yang 7 hari mencintaiku tu xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sya best gilerr kan? sengeh sorang aku

      Delete